Saturday, 31 December 2016

Kenangan 2016 kami.

Alhamdulillah untuk penutupan 2016.
Suka dan duka sepanjang 2016 tak akan pernah dilupakan. Kenangan paling manis dan berharga bagi kami..
.
✔Dream Wedding Feb 2016
✔Kenangan dua kali mengandung
✔Keguguran April 2016
✔Puasa & Raya pertama as husband & wife June-July 2016
✔Kelahiran anak syurga Nov 2016
.
Dan alhamdulillah untuk pembukaan 2017. Masih bernafas, masih sihat dan masih ada keluarga di sisi. Alhamdulillah..
.
Semoga tahun 2017 ini, Allah kurniakan sinar baru, kejayaan, kesihatan dan kemudahan dalam segala urusan kami, in shaa Allah aamiin..
.
#shafiqhamiwedding  #pregnancyjourneyhami #miscarriage #5weekspregnant #anaksyurga #babyHA #HauraAlhuwainaa #30weekspregnant #kenangan2016 #2016bestnine

Wednesday, 28 December 2016

Vitamin Bengkak Tonsil Shaklee

SAKIT TONSIL 😦
.
Semalam ada new potential customer pm Hami untuk sakit tonsil yang dia alami.
.
So hari ni hami nak share sikit berkaitan bengkak tonsil ni.
.
Bengkak tonsil atau sakit anak tekak ni, sakit yang biasa kita dengar tapi jarang berlaku. Tapi kalau tonsil membengkak teruk, boleh menyebabkan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting seperti jantung dan buah pinggang tau. Takutnya! 😱
.
Sakit tonsil ni boleh berlaku pada siapa sahaja, tak kira umur. Tapi macam mana boleh berlaku?
.
Tonsil sebenarnya sebahagian dari sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.
.
Jadi, bengkak tonsil ni berkaitan dengan SISTEM IMUNISASI BADAN YANG LEMAH!
.
Bila terkena bengkak tonsil, selalunya nak makan, minum, mesti sakit. Dan boleh bawa sampai DEMAM, BATUK, PENING, MUNTAH2 dan SESAK NAFAS 😷
.
Ada 3 cara mudah untuk hilang bengkak tonsil:
.
🍦Makan aiskrim vanilla
🍵Berkumur dengan air garam
💊Ikhtiar dengan vitamin (kuatkan sistem imunisasi)
.
Jadi, Hami nak share vitamin Shaklee yang mana yang boleh awak ikhtiar jika terkena bengkak tonsil ni.
.
✔Garlic Complex
- antibiotik semulajadi yang bertindak menghalang jangkitan bintik-bintik putih ataupun kuman.
.
✔Nutriferon
- menguatkan sistem imunisasi badan kita dan mengurangkan kelesuan badan.
.
✔Vitamin C & Zinc Complex
- mengurangkan demam, selesema, batuk dan juga membantu sel darah putih menghalang bakteria yang wujud dalam badan.
.
So, jika ada sesiapa yang alami, jangan anggap ianya sakit yang remeh dan dibiarkan lama2 tau.
.
Ikhtiarlah untuk tingkatkan imunisasi badan anda, sebelum keadaan bertambah teruk.
.
Anda mampu mengubahnya! 😉
.
Saya yang suka bantu anda,
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#SetTonsilShaklee #VitaminBengkakTonsil #VitaminCshaklee #NutriferonShaklee #GarlicComplexShaklee #shakleelifestyle #distributorshakleeKL #distributorshakleemelaka

Sunday, 25 December 2016

Budak Aliran Sains -> Fashion Design -> Shaklee Distributor

KITA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN.

Semenjak nak closing Dec 2016 ni, busy sangat dengan consult regular customer dan new customer. Ramai yang pm tentang vitamin shaklee sejak akhir2 ni. Kadang2 tak sempat sangat nak buat sharing di fb, ig dan blog 😊
.
✔Ada yang close deal with payment
✔Ada yang close deal with pending payment
✔Ada yang risik2 je
✔Ada yang nak KIV dulu
✔Ada yang survey2 tanya harga.
.
Tapi alhamdulillah tetap bersyukur!
.
Hami happy buat shaklee. Walaupun kadang2 orang pelik tengok hami. Dulu, skolah and masuk matric amik Sains, pastu tetiba masuk universiti amik kos Art (Fashion Design). Lari bidang. Then grad in fashion, buat Shaklee pulak. Pun lari bidang lagi skali. Hihi..😅
.
Tapi tak bermakna hami buang minat dalam fesyen, masih minat dan rindu. Tapi hami happy buat shaklee untuk cari side income dan bantu suami 😊.
.
Mungkin ada hikmah kenapa Allah temukan hami dengan shaklee. Hami percaya, mungkin hami boleh pergi jauh lagi dalam bisnes ni..who knows? Kan? Allah sebaik-baik perancang.
.
Takpe...janji kita usaha sungguh2, selebihnya, serah pada Allah. 😊
.
Okay, nanti sambung sharing lagi. Nak continue consult customer pulak.
.
Kalau nak beli vitamin shaklee cari je hami ok 😉.
.
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#confinementday31 #confinementjourneywithshaklee #shakleelifestyle #distributorshakleeKL #distributorshakleemelaka

Thursday, 22 December 2016

Sebulan sudah Haura Alhuwainaa pergi.

Salam Jumaat 😊
.
Hari ni 23 Disember 2016, genaplah sebulan anak syurga mama papa, Haura Alhuwainaa pergi. Sekejap sahaja masa berlalu.
.
Waktu  ni lah mama dah mula tak senang duduk sebab risaukan kamu x bergerak langsung dari pagi. Papa pun sama, mood dan fokus di office pun dah lari. Papa juga tak senang duduk.
.
Benar, naluri seorang ibu, mama sebenarnya dapat rasa dah yang kamu dah pergi masa tu. Tapi mama cuba untuk bersabar dan positif.
.
Tapi Allah lebih menyayangimu Haura. Malam tu doc sahkan kamu dah tak bernyawa..
.
Ini lah kenangan paling manis bagi mama kerana diberi peluang oleh Allah SWT, untuk mengandungkan anak syurga seperti kamu selama 7 bulan 2 minggu. Rindunya saat tu ❤
.
Mama juga yakin, papa pun rindu saat2 tu. Kenangan dia bercakap2 dengan kamu dan bermain dengan tindakbalas pergerakan kamu.
.
Hari ni dah 28 hari mama berpantang. Dan alhamdulillah, Allah beri kekuatan yang luar biasa pada mama papa sejak melahirkan kamu pada 26 November lepas sehingga kini. Kami masih boleh bergurau senda, ketawa, makan dan tidur..Tapi rindu dan kenangan dengan kamu tak pernah terpadam. Kami simpan rapi untuk selamanya. 😊
.
Mama belum dapat lagi ziarah kamu di kubur selepas kamu dikebumikan. Sebab mama masih di kampung, menghabiskan fasa berpantang di sini tanpa kamu. Tapi mama ok 😉. Nanti bila mama dah habis pantang, mama datang ziarah kamu ya sayang ❤.
.
Mama tahu, anak syurga mama papa bahagia di atas sana bersama Nabi Ibrahim A.S. dan anak-anak syurga yang lain 😊
.
Alfatihah buat anak syurga mama papa, Haura Alhuwainaa 😘
.
#anaksyurga #babyHA #alfatihah

Erin Malek consume Shaklee.

ERIN MALEK DAH, NAK HANIS ZALIKHA PULAK MESEJ KITA! 😍
.
Alhamdulillah, artis pun tak lepas peluang, berminat nak try jugak vitamin shaklee 😉.
.
See, i told ya. Ramai dah aware dengan #shakleeeffect vitamin Shaklee. Vitamin Shaklee 100% natural product and in shaa Allah selamat dan berkesan.
.
Happy for my sideline, rezeki dia dapat customer artis ERIN MALEK 👍.
.
And tahniah Erin Malek untuk 3rd trimester 2nd pregnancy. Katanya nak sangat try SET HAMIL Shaklee walaupun dah ada vitamin lain. Nak jugak vitamin Shaklee 😉.
.
Okeh, lepas ni mudah2an rezeki hami dapat HANIS ZALIKHA pulak mesej hami untuk beli and sihat dengan product Shaklee..aamiin! 😍.
.
Tak Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar 👶 pun boley..tak pun meow Bujibu Chempel 🐈..eh...hihi
.
Your Trusted Shaklee Distributor,
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#vitaminshaklee #shakleelifestyle

Monday, 19 December 2016

Bahaya Set Kulit Shaklee!

BAHAYA PRODUK KULIT SHAKLEE 😱
.
Bahaya sungguh set kulit shaklee ni. Sebab EFFECT dia boleh buat orang lain MAKAN HATI tau tengok hasil kulit CANTIK BERSIH 😍
.
Haa cik adik kita ni dia consume:
✔Vitamin C Shaklee (konsisten 1 bulan)
✔Collagen Powder Shaklee (baru 4 sachet je!)
✔Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee
.
Habis hilang dia kasi sapu bersih muka cik adik kita ni. Memang bahaya sungguh set kulit ni.
.
Dulu jerawat merah2 ketul2, sekarang tak ada dah. Yang best tu PARUT PUN HILANG jugak. Wow!.
.
Awak nak cantik jugak x? Meh whatsapp hami untuk hami guide korang supaya dapat hasil yang memuaskan 😊 In shaa Allah..
.
HAMI,
0134497468,
Sr. Supervisor Shaklee

#setkulitcantik #setkulitshaklee #vitaminCshaklee #CollagenPowderShaklee #NutriwhiteShaklee #skincareshaklee #shakleelifestyle #distributorshakleeKL #distributorshakleemelaka

Vitamin untuk HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut)

HAND, FOOT & MOUTH DISEASE boleh ikhtiar dengan supplement Shaklee.
.
Baru-baru ni dan hari ni, ada terbaca post beberapa orang rakan FB yang share tentang anak mereka yang terkena jangkitan virus HFMD ni.
.
Sejujurnya hami simpati atas ujian yang menimpa dan ikhlas nak bantu ❤.
.
So hari ni, tergerak hati ni nak share supplement shaklee apa yang boleh parents di luar sana beri pada anak2 HFMD sebagai ikhtiar 😊.
.
HFMD dikenali sebagai sejenis penyakit jangkitan virus, yang mana tiada perubatan khas untuk menyembuhkan, melainkan hanya untuk melegakan ketidakselesaan gejalanya.
.
Kebanyakan HFMD tidak berbahaya dan selalunya akan pulih  dalam tempoh 5-14 hari atau lebih cepat. Ianya 100% bergantung pada  kekuatan tubuh pesakit untuk melawan virus.
.
Jadi, salah satu cara lain (selain ubat doc bagi) untuk melawan penyakit HFMD ni, adalah dengan MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI anak melalui kaedah nutrisi vitamin.
.
Antara vitamin-vitamin Shaklee yang boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh:
.
💪 NUTRIFERON :
- Membantu menguatkan sistem pertahanan badan dengan meningkatkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan.
- Interferon ialah sejenis protein yang akan dilepaskan oleh sel badan kita sebagai tindak balas terhadap serangan virus. Interferon mampu mengekang replikasi virus, dan meningkatkan imunisasi badan terhadap jangkitan.
.
💪 MEALSHAKE:
- Protein dalam Mealshake akan menghasilkan immunoglobulin, yang mana akan membantu menghasilkan sel imun seperti antibodi.
- Mealshake juga sejenis multivitamin dan multimineral yang bantu menambahkan selera makan anak kerana selalunya anak akan hilang selera makan ketika kurang sihat. Jadi, Mealshake akan membantu mencukupkan nutrien dalam kehidupan seharian anak.
.
💪 HERBAL BLEND:
- Krim herba yang menyejukkan dan bantu kurangkan rasa gatal / ketidakselesaan.
- Menghilangkan kesan2 parut HFMD.
.
.
Untuk anak2 yang terkena HFMD ni, bawalah ke klinik terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat doc..
.
Kemudian, sebagai alternatif lain, hami yakin, dengan gabungan NUTRIFERON + MEALSHAKE + HERBAL BLEND, sangat membantu anak HFMD lebih cepat sihat dan tidak mudah melarat (dengan izin Allah jua 😊)
.
So, ibu-ibu jangan risau ya, in shaa Allah boleh ikhtiar dengan supplement Shaklee juga.
.
Contact hami ok 😉,
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee.

#handfoodmouthdisease #HFMD #shakleelifestyle #vitaminHFMD #tingkatimunisasianak #kesihatananak #vitaminkanakkanak #distributorshakleeKL #distributorshakleemelaka

Friday, 16 December 2016

Collagen Shaklee terbaik!

Testimoni kawan sendiri makan Collagen Shaklee 😍
.
Cantik kulit dia 👍.
✔Dark circle hilang!
✔Kulit cerah berseri
✔Parut jeragat semakin pudar
✔Kulit lebih sihat, tak kusam dah!
.
Dark Circle kat mata tu obvious nau sebelum dia makan collagen Shaklee. Tapi katanya, lepas makan collagen baru 4 HARI, dah nampak kesan dark circle makin hilang. 😍
.
Gambar pulak testimoni selepas makan Collagen Shaklee selepas 2 MINGGU. Hasil memang menggugat jiwaa ❤.
.
Nak lawa camni jugak tak? Collagen tengah promo murah ni.😉
.
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#collagenpowdershaklee #collagenbooster #shakleelifestyle #kulitcantik #jeragathilang #darkcircles #parutpudar #kulitcerah #vitamincantik #vitamincollagen #distributorshakleeKL #distributorshakleemelaka

Dulu kulit gelap, sekarang cerah berseri!

Ku yang dulu bukan yang sekarang 😍
.
Woow makin cantik dah dia sekarang. Gara-gara makan COLLAGEN POWDER SHAKLEE, kulit dah cerah.
.
Jauh sangat beza. Tiada lagi kulit gelap dan kusam.
.
Kulit nampak lebih sihat tau. Dah mimi  cakap, collagen shaklee memang awesome dalam bab mencantikkan kulit ni.
.
Kalau konsisten dalam masa 4-8 minggu, sure lawa kulit tau. Sebab dalam seminggu pun dah boleh nampak perubahan 😊.
.
Disebabkan bulan ni promo collagen shaklee, so hami nak offer collagen murah2 je.
.
Nak tak nak tak?
.
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#shakleelifestyle #collagenpowdershaklee #kulitglowing #kulitflawless #kulitcantik #distributorshakleeKL #distributorshakleemelaka

Thursday, 15 December 2016

Tip kurus yang berkesan!

BURN 4KG DALAM SEBULAN! 💃
.
Asbab ikhtiar dengan Set Basic KURUS Shaklee, alhamdulillah dapat turun berat 4 kilo dalam sebulan.
.
Bayangkan kalau 3-4 bulan lagi? Mesti boleh capai 50kg kan..Slim gojes tu! 😍.
.
Hami selalu pesan kat customer yang aim nak kurus, hasil takkan jadi "SUPER WOW" kalau awak bergantung 100% pada supplement, TAPI awak:
.
😔TAK CONTROL MAKAN
😔TAK EXERCISE
😔TAK DISIPLIN DENGAN JADUAL SUPPLEMENT
😔TAK MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
😔TAK KUAT SEMANGAT
.
Dan...nak kurus mesti:
.
✔DISIPLIN DENGAN JADUAL SUPPLEMENT
✔CONTROL NAFSU MAKAN
✔BUAT EXERCISE
✔MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
✔TEKAD DAN KUAT SEMANGAT
.
Untuk customer kesayangan hami yang dah beli set kurus, tak mo culas2 makan supplement lagi, tak mo lupe2 dah k. Nanti lambat hasilnya. Rugi tau..dan follow step kat atas tu 👆.
.
Dan untuk yang ada plan nak kurus, tapi tak tercapai atau asyik2 tertangguh untuk mula azam, meh hami bantu uols permudahkan untuk memulakan perjalanan 💪😉.
.
Contact je hami ok ✌.
.
HAMI,
0134497468,
Sr. Supervisor Shaklee

#setkurusshaklee #AlfalfaShaklee #lecithinshaklee #bakarlemak #pecahlemak #perutkempis #vitaminkurus #shakleelifestyle

Wednesday, 14 December 2016

Bagaimana GLA membantu dalam mendapatkan kitaran haid yang normal.

Baru-baru ini ada kawan hami yang mengadu period kawan dia tak normal, sebab datang 1-2 hari je.
.
Then hami bagi option ada dua jenis vitamin yang boleh kita ikhtiar utk normalkan kembali kitaran haid.
.
Vivix + GLA.
.
Tapi vivix pulak out of her budget. Tak pe, jangan risau, masih boleh ikhtiar dengan GLA Complex sebab Mimi tak kejam 😂..dan mimi akan guide ikut bajet customer 😉.
.
Bagaimana GLA Shaklee membantu?
.
✔ Bantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
✔ Meningkatkan kesuburan wanita.
✔ Membentuk persekitaran rahim yang sihat.
✔ Memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
✔ Melegakan PMS (simptom pra haid seperti sakit perut, sakit pada buah dada, n lain2 ketidakselesaan)
✔ Mengandungi omega-6 yg digunakan oleh badan untuk membentuk hormon yg membantu badan mengawal atur proses badan yang normal.
.
GLA memang hami akui terbaik kerana ia dapat membantu membaiki hormon wanita ke tahap yang lebih baik.
.
Tak hairanlah jika GLA Shaklee ni dah bantu ramai wanita-wanita di luar sana dalam menangani masalah kesuburan.
.
Jika anda juga mengalami masalah yang sama, jangan segan silu untuk pm hami. In shaa Allah hami akan cuba guide anda 😊.
.
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#GLAShaklee #GLAcomplex #shakleelifestyle #distributorshakleeKL #vitaminkesuburan #periodteratur #senggugut

Tuesday, 13 December 2016

Kenapa perlu detox?

Assalamualaikum and morning 🌞
.
Nak tahu badan kita banyak toksin atau tidak, boleh cek tengok ada tak tanda2 ni:
.
✔Selalu letih dan lesu
✔Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
✔Selalu sembelit atau cirit-birit
✔Timbulnya jerawat dan bintik hitam
✔Berat badan naik
✔Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
✔Selalu sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
✔Cepat marah dan mudah murung
✔Selalu sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.
.
Nak tahu apa produk detox Shaklee?
.
🍀Vivix
🍀Alfalfa Complex
🍀Herb-Lax
🍀Dtx Complex
🍀Peppermint Ginger Plus
.
Dan apa fungsi produk detox?
.
✔Melancarkan pengaliran darah.
✔Mengurangkan bau badan.
✔Mengurangkan jerawat.
✔Melegakan sembelit
✔Membersihkan darah
✔Membersihkan usus
✔Menormalkan fungsi usus.
✔Pembersih dan penyahtoksik badan
✔Rangsang aliran hempedu.
✔Buang mineral bahaya dari tubuh.
.
Jom detox untuk kesihatan yang berpanjangan 💪.
.
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#agendetox #detoxjerawat #detoxusus #masalahsembelit #vitamindetox #detoxdarah #shakleelifestyle #distributorshakleeKL

Rahsia susu badan MERIAH dan PEKAT!

Hasil positif MILK BOOSTER Shaklee 🍼.
.
Alhamdulillah, perkongsian testimoni fresh dari kakak ipar hami sendiri.
.
Dulu masa berpantang anak pertama, kakak ipar makan 2 biji alfalfa je (beli alfalfa dari orang lain).
.
Tapi, bila berpantang anak kedua ni, lepas hami guide untuk makan 6-10 biji sehari, kakak ipar cakap "alhamdulillah susu BANYAK berbanding dulu".😍
.
Pastu lagi best, susu makin PEKAT bila makan 8 biji sehari..waaah..
.
Sekarang skali pam terus boleh dapat 7-8 oz..Alhamdulillah 👍.
.
Ibu-ibu yang ada masalah susu badan merudum, atau tak banyak, boleh cuba ikhtiar dengan supplement milk booster shaklee:  Alfalfa / ESP.
.
In shaa Allah, Allah bantu permudahkan. Kita usaha, selebihnya Allah yang tentukan 😊.
.
Your TRUSTED Shaklee Distributor,
HAMI ✌,
0134497468,
Sr. Supervisor Shaklee

#setmilkboostershaklee #AlfalfaShaklee #ESPshaklee #susumeriah #shakleelifestyle #distributorshakleeKL #setmenyusushaklee

Vitamin E melembap, menghilangkan parut, jeragat dan mencantikkan kulit.

Alhamdulillah, hasil positif bila konsisten makan vitamin E!
.
✔Kulit semakin sihat
✔Pori-pori muka megecil
.
Vitamin E bertindak sebagai antioksida yang tinggi, yang mana boleh membantu badan mengurangkan kesan penuaan dari segi faktor usia dan juga radikal bebas.😉
.
Vitamin E sangat2 membantu dalam membaiki sel-sel kulit untuk kelihatan lebih sihat, lembap dan berseri. Tak lupa juga, vitamin E sangat baik untuk menghilangkan parut dan jeragat di kulit.👍
.
Jika anda juga mengalami masalah kulit kering, kulit kusam, pori besar, kulit berjeragat dan berparut, boleh cuba vitamin E shaklee. In shaa Allah, Allah yg menyembuhkan, kita hanya berusaha 😊.
.
Your trusted distributor,
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#vitaminEshaklee #shakleelifestyle #distributorshakleeKL #kulitberparut #jeragathilang #kulitlembap #vitaminkulit

Monday, 12 December 2016

Makeup Remover Nutriwhite Shaklee

Hai 😉
.
Dah lama mimi tak sental muka dengan Shaklee Nutriwhite Makeup Remover. Sebab tertinggal kat rumah mertua (KL).😅
.
Jadi mintak En.Hubby tolong bawak balik skali hari tu bila dia balik ke Melaka, (sebab mimi sekarang berpantang di kampung).
.
Sental2 lembut, gosok2 guna jari...haa amekk, keluar segala daki dan sel kulit mati kat muka. Nak kata bermekap tak jugak. Sebab dalam pantang tak de keluar ke mana pon. Duk umah je.
.
Walau tak mekap pon, banyak haa kotoran yang keluar. Ni kan pulak kalau bermekap.
.
Dah sental, lega..LEMBUT je rasa kulit muka ni. Lagi fresh! 😍
.
Untuk awak yang nak kulit sentiasa bersih, bebas kotoran, tak cukup kalau guna pencuci muka sahaja. Lebih lengkap kalau guna skali makeup remover Shaklee ni. In shaa Allah kotoran2 dan sel kulit mati yg dah bertapa lama tu boleh hilang.
.
Untuk mereka yang gemar bermekap lagiii la disarankan. Even hanya pakai bedak, tu pun kira bermekap jugak.
.
Nak kulit cantik? Meh try. Sure tak nyesal...BESTTT GILAAA 👍.
.
Pengguna Makeup Remover Shaklee,
HAMI,
0134497468,
Sr. Supervisor Shaklee

#shakleelifestyle #confinementday18 #NutriwhiteShaklee #makeupremovershaklee #skincareshaklee #confinementjourneywithshaklee #distributorshakleeKL

Saturday, 10 December 2016

ESP Shaklee menggebukan kulit anak!

Assalamualaikum dan selamat bercuti 😉.
.
Saya Kapten Anas Muayyad nak bercuti ke Penang hari ni.✈
.
Sementara nak sampai ke Penang, saya nak tolong mak teh mimi saya promote ESP Shaklee ni. Hehe..
.
Kulit saya putih gebu kan? Rahsianya, ibu saya minum ESP masa mengandungkan saya. Sama macam kakak Odah saya jugak. 😁.
.
ESP ni minuman berasaskan soya, tetapi tak membahayakan tau sebab ESP Shaklee ni adalah Non-GMO Soy Protein. Soya yang natural, tak diubahsuai secara genetik (Non-GMO).
.
Meh saya explain detail lagi..
.
Produk GMO lain pula biasanya telah diubahsuai secara genetik dengan memasukkan DNA asing termasuk DNA haiwan dan tumbuhan yang  menjadikan ia tak stabil. Ni yang tak berapa bagus sebenarnya.😎.
.
ESP Soy Protein ni dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Programme (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. 
.
Program ni bagi memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik.👍.
.
So, apa kelebihan ESP Non-GMO ni?
.
Kelebihannya, in shaa Allah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusu, dan juga ESP tak mengakibatkan alergi pada kulit atau pun kanser, seperti yang konon2 diheboh2kan tu. Sebab produk Shaklee produk yang 100% semulajadi.
.
Kalau produk soya yang menyebabkan alergi dan kanser tu, sebenarnya itulah produk soya GMO (yang diubahsuai secara genetiknya).
.
Ok itu je saya nak cakap. Untuk ibu-ibu yang nak anak putih gebu macam saya, minum la ESP Shaklee masa mengandung. Dengan izin Allah, cantik kulit macam saya hihi 😂.
.
Sekarang pun ibu saya masih consume ESP Shaklee dalam fasa menyusukan saya. Sebab bila time fasa menyusu, ESP sebagai agent MILK BOOSTER pulak. Dan paling best susu ibu saya jadi lebih LEMAK BERKRIM gitu haa.. 😋✌.
.
Akhir skali, pesan saya, hati2 dalam memilih produk soya di luar sana. Pilih yang Non-GMO okay. Kalau nak yakin selamat, beli ESP Shaklee je. Senang cite 😉.
.
Ok tu je. Jangan lupe beli vitamin Shaklee dengan mak teh Mimi saya okay 😘.
.
Anak buah Mimi yang putih gebu lagi ensem,
Tuan Anas Muayyad 😎.
.
#shakleelifestyle
#9bulan #ESPshaklee #kulitcerah #sethamilshaklee

Thursday, 8 December 2016

Ramai ibu yang dah berjaya membanyakkan susu dengan set menyusu Shaklee!

MILK BOOSTER SHAKLEE 🍼
.
Set milk booster paling popular di kalangan ibu2 menyusu.

ESP + ALFALFA COMPLEX

Ramai sangat ibu menyusu yang dah mula amalkan supplement shaklee dalam berpantang dan juga seterusnya ketika fasa menyusu sehingga 2 tahun. Malah ada yang lebih dari 2 tahun pun ada.😱.
.
Semuanya alhamdulillah memberi hasil yang sangat memberangsangkan.

Kenapa set milk booster shaklee ni terbaik dan menjadi pilihan?

🍼ESP:
✔ Membanyakkan dan memekatkan susu ibu (lebih lemak berkrim)
✔ Memberi tenaga berpanjangan dan kurang letih akibat dari menyusu.
✔ Menjadikan kulit ibu & baby cantik, halus, gebu dan berseri.
✔ Memberi rasa kenyang yang lama pada ibu & bayi.
✔ Menganjalkan kembali payudara ibu.

🍼ALFALFA:
✔ Merangsang penghasilan susu ibu.
✔ Menghilangkan kelesuan dan tekanan ibu ketika menyusu.
✔ Membantu membuang angin dalam badan.
✔ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
✔ Memberi kelegaan semasa haid.
✔ Merawat masalah keputihan pada wanita.
✔ Membesar dan menegangkan payudara.
✔ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
✔ Memulihkan urat selepas bersalin.

Ibu-ibu berpantang dan menyusu yang risau susu semakin merudum, boleh whatsapp hami k. Hami bantu guide anda untuk mengembalikan hak anak anda 😊.
.
Something special awaits you 😉😉.
.
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee.

#milkboostershaklee #ESPshaklee #alfalfacomplex #alfalfashaklee #tipssusubanyak #shakleelifestyle

Wednesday, 7 December 2016

Collagen shaklee bertindak lebih cepat berbanding jenama lain.

Sunburn hilang dalam masa seminggu!
.
Wah cepatnya.😍.
.
Alhamdulillah after consisten makan collagen powder shaklee, kulit dah kembali cerah dan halus semula.
.
Kenapa collagen shaklee boleh bertindak sebegitu cepat dan berkesan?
.
Ok, sebenarnya, penting untuk kita mengetahui keaslian suatu produk collagen. Di mana, "Lagi ringan jisim molekul, lagi mudah ia diserap ke dalam badan"😉.
.
Jisim molekul Shaklee Collagen Powder ini kira-kira 1000 dalton dan ini membuatkan ia RINGAN dan BERKESAN. Ia juga tidak dicampur dengan apa-apa perisa untuk menjadikan molekulnya kekal di jisim yang rendah! Perisa asli gituuu 😊.
.
Dan, kalau x percaya, cuba beli collagen shaklee dan lihat sendiri tekstur collagen shaklee yang sangat halussss. Itu lah yang membuatkan ianya mudah diserap oleh badan dengan cepat.
.
Apa pula sumber collagen powder shaklee?
.
Collagen shaklee dihasilkan dari collagen sisik ikan merah, yang mana ikan merah ini hidup di lautan pada bahagian paling dalam iaitu di kedalaman 4000-6000m di paras laut. Manusia pun paling dalam boleh menyelam di kedalaman 1000m kerana paru-paru manusia tidak dapat menahan tekanan air yang terlalu tinggi.
.
Ikan merah mampu hidup di laut dalam kerana mempunyai insang yang mengandungi kolagen yang tinggi untuk menahan tekanan tinggi air. Oleh itu sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang terbaik.👍.
.
Selain itu sisik ikan merah juga merupakan sumber premium kerana ia hidup di lautan yang dalam sekaligus terhindar daripada pencemaran alam.
.
Shaklee Collagen Powder adalah supplement collagen yang unggul kerana mengandungi 4000mg kolagen RSS (Sisik ikan merah), yang mana cukup untuk membekalkan kolagen untuk kulit kita setiap hari! 😉.
.
Untuk mereka yang dah lama ingin mencuba collagen shaklee, ini lah masanya. Kerana bulan ni ada promosi untuk collagen powder shaklee.
.
Sure tak menyesal, sebab in shaa Allah, anda akan gembira dengn hasil kulit yang cantik cerah licin nanti.😍.
.
Your Trusted Shaklee Distributor,
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#collagenpowdershaklee #promodisember2016 #shakleelifestyle #distributorshakleeKL

Tuesday, 6 December 2016

Cara atasi masalah sembelit dengan mudah!

Kisah Hami dan masalah sembelit.

Ostematrix dan hami memang x dapat dipisahkan sejak dari zaman single lagi. Sebab hami memang jenis yang bukan mudah membuang setiap hari (even dah minum banyak air, dah makan banyak buah-buahan) 😂.

Masa start mengandung, pernah terputus stock beberapa hari, so tak dapat nak makan ostematrix. Masa tu sembelit susah nak membuang. Pulak time tu mengandung, nak teran pun takut2. Dalam kepala pikir "kang terkoluar pulak budak dlm perut ni." Haha..padahal x kan terkeluar pun. Cuma nak cakap susahnya nak membuang masa tu sampai rasa cam tu skali.

Tak leh jadi, beli jugak ostematrix ni cecepat. Selalu hami makan sebelum tidur. Malam tu terus makan. So esok tu terus mudah je nak membuang. Rasa cam 2 minit je dah settle. Kejap gila. Lega!

Sama jugak masa hari tu dalam wad tunggu nak bersalin. Dah dua malam kat wad x makan ostematrix sebab busy melayan sakit contraction sampai terlupa nk makan. Ye lah, tengah sakit nak bersalin dah tak pikir semua tu. Pikir anak selamat keluar je. Hehe.

Jadi alkisahnya, lepas bersalin, still juga x leh nak membuang. Even sebelum discharge, nurse dah bekalkan ubat siap2 termasuk ubat sembelit.

Masa baru2 lepas bersalin tu, hari pertama dan kedua berpantang, nak teran memang takut haha. Akhirnya x leh nak membuang jugak walaupun dah makan ubat sembelit yang hospital bagi tu. Memang x best rasa badan bila x boleh nak membuang dengan baik.

Last2 x boleh jadi jugak, ubat sembelit hospital bagi pun x jalan. Hami makan balik ostematrix. (Tapi ubat hospital pun still makan sampai habis sebab sayang membazir kalau x habiskan).

Haa lepas tu baru ok. Legaaa gilaa!.😍.

Hihi...so kalau ade yang ade masalah sembelit macam hami, boleh cuba ostematrix ni. In shaa Allah boleh memudahkan proses membuang nanti.

Ibu hamil dan yang dalam pantang lagi la sangat-sangat hami sarankan!😊.

Cuba dulu, baru tau.

P/s: Ostematrix juga bantu utk elak dari cramp kaki masa tidur. Alhamdulillah sepanjang hami mengandung tu, x pernah kena.👍.

Pengguna Ostematrix Shaklee,
HAMI,
0134497468
Sr. Supervisor Shaklee

#confinementday12 #confinementjourneywithshaklee #pregnancyjourneyhami #shakleelifestyle #ostematrixshaklee

Monday, 5 December 2016

Jom shopping shaklee dengan saya!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Hai..lama dah hami x update pasal produk shaklee kan. Ok hari ni kita mula balik on track  setelah seminggu lebih dah bercuti.

Tapi walaupun cuti2 dalam pantang, bukan bermakna shaklee hami x aktif. Masih lagi aktif berjalan sebenarnya 😊.

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan Allah tarik satu nikmat, tapi sebenarnya Allah buka lebih banyak lagi pintu rezeki lain. Allahu..

Terima kasih Allah, terima kasih pada customer hami juga.

Alhamdulillah minggu ni dapat borong vitamin di branch untuk customer2 hami. Terima kasih juga buat suami tercinta Muhammad Shafiq Albakri yang banyak membantu hami dalam bisnes shaklee. Dialah orangnya yang tolong memborong vitamin di branch shaklee, dan tolong poskan vitamin customer sepanjang hami berpantang ni. 😘.

Hasil sales vitamin minggu ni RM1080+ merangkumi :
✔Kesihatan jantung
✔Masalah sembelit
✔Set kulit cantik
✔Set senggugut
✔Vitamin anak2 kecil
✔Set jerawat

Alhamdulillah ❤

Kalau ada lagi yang nak dapatkan vitamin shaklee, mai la contact hami ok 😊. In shaa Allah hami guide yang terbaik utk anda.

Your Trusted Shaklee Distributor,
HAMI,
0134497468,
Sr. Supervisor Shaklee.

#shakleelifestyle #confinementjourneywithshaklee #sayapenggunashaklee #sayajualshaklee

Thursday, 1 December 2016

Haura Alhuwainaa, anak syurgaku ❤

Mama rindu anak syurga mama, Haura Alhuwainaa Bt. Muhammad Shafiq Albakri 😊.

SELASA - 22 Nov 2016, 30 weeks.

Kali terakhir mama terasa pergerakan terakhir kamu dalam kandungan ketika mama tidur (jam 3-4 pagi) pada Selasa malam Rabu lepas. Dan malam tu juga la mama mimpikan kamu. Mama mimpi dukung kamu. Kamu senyum saja dengan mata tertutup. Wajah kamu cantik bak bidadari dan kulit kamu cerah gebu. Bahagianya mama dalam mimpi tu.

RABU - 23 Nov 2016, 30 weeks.

Esoknya, seperti biasa mama sepatutnya akan rasa pergerakan kamu bermula seawal jam 7.30 pagi, tapi pagi tu tiada tendangan "selamat pagi" dari kamu. Mama tunggu lagi jam seterusnya...8, 9, 10, 11 pagi...masih lagi tiada ucapan "selamat pagi" dari anak mama. Mama mula tak sedap hati.

Jam 12 tengahari, mama bagitau papa tentang kamu. Papa pun mula risau dan tak tenang. Mama dah cuba goyang2, usik2 kamu, tukar posisi duduk baring...semua tiada respon. Mama dapat rasa yang kamu dah tiada. Tapi mama cuba untuk positif dan sabar tunggu hingga papa balik kerja untuk ke hospital, untuk lihat keadaan kamu di dalam.

Jam 7.00 malam, mama and papa sampai di wad kecemasan HUKM. Kamu masih lagi tidak bergerak dari pagi. Doc cek bunyi denyutan jantung kamu, tapi tiada. Hanya kedengaran detak jantung mama sorang saja. Doc minta untuk ke bahagian scan pula, untuk kepastian terhadap keadaan kamu di dalam.

Bila doc letak saja alat scan di perut mama. Mama nampak kamu di skrin, tapi..mama tak nampak jantung kamu berdenyut seperti sebelum ni. Mama tahu kamu dah tiada, tapi mama cuba untuk sedapkan hati walaupun mama tahu mama bakal mendengar berita  sedih. Keadaan sunyi seketika dan akhirnya terluah di bibir doc mengatakan kamu dah tiada.

Allahu..terus berkaca mata mama. Mama cuba untuk kuat dan tahan dari menangis. Tapi terus juga menitik air mata mama. Anak yang mama kandung dan anak yang mama papa perjuangkan selama 7 bulan setengah ini, dah pun dijemput kembali kepada penciptaNya...

Balik ke rumah, mama solat dan berdoa. Sekali lagi mama tak dapat menahan rasa..Mama menangis depan Allah sungguh2. Walaupun anak mama dah pergi, tapi mama tetap panjatkan syukur pada Allah kerana telah pinjamkan awak untuk mama papa selama 7 bulan setengah ni. Alhamdulillah..

Papa nampak mama menangis, terus papa peluk mama kuat2, pujuk mama untuk sabar dan kuat. Tapi akhirnya papa juga menangis sama. Menangis bukan kerana meratapi pemergian kamu, tetapi menangis kerana kami sama2 sayang kamu walaupun kita belum pernah bertentang mata. Tapi nikmat kasih sayang yang Allah tanamkan dalam hati mama papa sangat berharga terhadap kamu.

KHAMIS - 24 Nov 2016, 30 weeks.

Jam 7.30 pagi, mama masuk ke wad untuk proses melahirkan anak syurga mama papa. Sepanjang hari di katil wad, mama banyak berzikir, baca yaasin, mama solat hajat dan berdoa pada Allah supaya dipermudahkan urusan bersalin. Bibir mama x henti berzikir kadang2 sampai tertidur.

Mama diberi ubat induce yang pertama jam 3.30 petang. Sakit contraction semakin terasa selepas 3 jam ubat induce dimasukkan dan sakit makin kuat menjelang tengah malam. Mama tak boleh tidur. Disebabkan ubat induce pertama tadi masuk lambat, Doc sarankan untuk ambil pain killer supaya mama boleh tidur dan rehat. Sebab esok ubat induce kedua akan dimasukkan, supaya mama bertenaga untuk berjuang esok.

Mama mula2 mahu cuba juga untuk bertahan menahan sakit tanpa pain killer. Kemudian, Doc cek laluan, bukaan baru 1 cm. Allahu..akhirnya mama tewas juga. Jam 2 pagi nurse cucuk pain killer. Sebab mama dah tak tertahan sakit contraction. Akhirnya mama tertidur.

JUMAAT - 25 Nov 2016, 30 weeks.

Mama bangun jam 6.30 pagi untuk solat subuh dan solat hajat. Sakit contraction masih terasa tapi tidak sekuat semalam. Mama gagahkan juga untuk bangun solat dan mama doa banyak2 supaya mama boleh lahirkan anak mama hari ini, hari jumaat yang mulia. Selesai solat, ubat induce kedua dimasukkan lagi. Kemudian mama mandi, walaupun tengah menahan sakit. Demi kamu, mama kuatkan diri untuk bersihkan juga diri.

Sakit semakin kuat. Darah mula keluar sikit demi sikit. Masuk waktu zohor, mama dah tak dapat nak menunaikan solat. Mama hanya banyakkan berzikir dan berdoa di atas katil sambil menahan sakit.

Mama menahan sakit sehingga jam 3.30 ptg. Doc cek lagi sekali laluan. Alhamdulillah, bukaan dah 4 cm. Doc putuskan untuk mama masuk terus ke labour room untuk menunggu bukaan lebih besar.

Jam 4.30 petang, di labour room, doc sarankan mama untuk ambil epidural sebab induce ketiga yang bakal dimasukkan selepas ni lebih kuat (sebab baby dah tak bernyawa). Untuk mengurangkan  sakit yang teramat sangat, mama ambil juga epidural.

Mula dari 4.30 petang tu, lepas dimasukkan induce ketiga, mama sekejap tertidur, sekejap terbangun. Mungkin mengantuk dan letih menahan sakit. Sampai lah pukul 9 malam, sakit contraction mula terasa makin kuat semula. Mama mula menahan sakit lagi. Menahan sakit sehingga menggigil2. Allah sahaja yang tahu sakitnya.

Jam 12 malam, mama mula demam 38°C. Doc cek lagi laluan. X pasti berapa cm dah bukaan ketika tu. Tapi doc suruh cuba untuk teran. Mama cuba teran sekali, terus air ketuban pecah. Terkejut doc2 yang berada di depan 😅😅. Habis basah baju mereka..maaf ya. Hee.

Doc terus suruh mama untuk push. Beberapa kali push (agak susah juga mula2 sebab tiada pengalaman), makin lama makin faham bagaimana cara nak push..hehe..

Alhamdulillah..adanya papa yang sentiasa memberi kata semangat, nurse2 dan doc2 yang sangat baik, alhamdulillah..akhirnya, selamat juga mama lahirkan anak syurga mama papa ni jam 12.36 pagi dengan tenang. Berat Haura 1.9kg. Terus hilang sakit bila tengok Haura.😊.

Nurse letak Haura atas badan mama. Mama peluk cium anak mama. Papa pun sama. Comelnya Haura anak mama 😍. Mata kamu tertutup rapat, tenangnya mama tengok kamu. Lama juga kami pegang Haura, berbual dengan Haura, bergambar dengan Haura. Mama pegang jari jemari halus anak mama...comel sangat.

Kemudian papa azankan Haura. Biarpun Haura dah tak bernyawa, tapi mama papa yakin, Haura dengar alunan azan papa dari sana kan sayang 😊.

Selesai bersama Haura, papa bawa Haura ke bilik mayat sementara menunggu untuk proses pengebumian esok. Mama pula ditolak masuk ke wad semula. Dan mama tertidur.

SABTU - 26 Nov 2016.

Mama minta untuk discharge awal pagi, sebab mama nak tengok Haura untuk kali terakhir. Alhamdulillah, mama boleh balik sama2 dengan Haura. Papa ambil Haura kat bilik mayat. Dan bawa Haura pulang untuk urusan pengebumian.

Mama papa duduk seat belakang. Nenek atok di bahagian depan. Bawak Haura pulang. Sepanjang perjalanan dalam kereta, mama pegang Haura. Perasaan sedih mula muncul, sebab mama tahu masa untuk mama dengan Haura dah tak lama, mata dah mula berkaca tapi mama tahan..

Jam 11.30 pagi, sampai di surau, Haura dimandikan dan dikafankan. Tibanya saat untuk mama cium puteri syurga mama untuk kali terakhir. Allahu....air mata mama dah tak tertahan lagi. Mama tengok wajah anak mama. Sucinya wajah anak mama. Bidadari syurga Allah. Mama cium2 Haura...wanginyaaa ya Allah. Wangi sangat kamu sayang. Bau syurga..Wangian yang tak pernah mama bau. Terlalu wangi..😊.

Kemudian Haura disembahyangkan oleh jemaah surau dan seterusnya dikebumikan oleh papa Haura. Mama tak dapat ikut Haura ke tanah kubur. Papa, atok2, dan sedara2 yang lain temankan Haura ke kubur. Mama, nenek2 dan mak saudara yang lain hanya teman Haura dari jauh..

Jam 12.15 tengahari, selesai urusan pengebumian puteri sulung mama di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai 2, Ampang. Alhamdulillah..

Semoga anak mama tenang di sana bersama anak2 syurga yang lain. Mama tahu, Allah lebih sayangkan Haura. Dan mama tahu, Haura lebih tenang di bawah jagaan Allah di sana. 😊. Mama papa redha..

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Ramai yang bertanya apa yang berlaku pada baby kami sebenarnya? Di sini hami ceritakan serba sedikit ya.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan dari mula, baby kami sihat, dan tiada masalah.

Di usia kandungan 26 weeks (6 bulan lebih), kami buat detail scan di klinik untuk tengok keadaan baby, dan sekaligus untuk tahu jantina baby. Waktu ni lah sonographer dapat detect perut baby besar, banyak air dalam perut. Dan kami perlu refer pada doc pakar HUKM. Allahu...speechless, terkejut dengan berita ni. Datang dengan penuh rasa teruja untuk lihat baby, tapi sebaliknya yang kami terima. Hami dah menangis, suami masih kuat, cuba untuk memujuk walaupun dia juga sebenarnya sedih.

Bermula dari 26 weeks, kami follow up dengan doc pakar setiap minggu di HUKM. Dan doc pakar bagitau penyakit ni namanya "fetal ascites". Doc kata, berkemungkinan baby tak cukup darah atau terkena jangkitan virus (tapi masih belum pasti penyebab utama). Dan doc juga ada inform kami risiko awal2 untuk keadaan ni:

✔ Baby boleh meninggal dalam kandungan
✔ Baby lahir cukup bulan tapi tak dapat survive lama
✔ Baby lahir tapi dia membesar tak sihat.

Setakat 3 minggu follow up, keadaan baby masih ok. Denyutan jantung ok..Tapi minggu yang terakhir, paras air ketuban baby menunjukkan semakin berkurang. Kami semakin risau.

Last rawatan yang kami ambil ialah pada Selesa 22 Nov 2016. Rawatan ambil sedikit air ketuban (5ml) untuk dihantar ke makmal, supaya doc dapat cari lagi punca kenapa jadi begini pada baby. Sebab ikutkan pemeriksaan doc, kami sihat dan tak ada apa2 masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi baby.

Result air ketuban dijangka keluar hari Jumaat (25 Nov 2016). Tapi, tak sempat tunggu result keluar, baby dah semakin lemah selepas rawatan tu, dan disebabkan juga kegagalan jantungnya untuk berfungsi dengan baik. Esoknya baby meninggal dunia (23 Nov 2016). Innalillahiwainnailaihiraajiun..

Kami dah pun cuba ikhtiar yang terbaik untuk baby Haura sihat semula. Tapi ternyata perancangan Allah lebih baik dan ada hikmahnya. Kami redha..

Allah Maha Mengetahui segalanya. Mungkin kalau Allah izinkan baby Haura hidup, tapi dia hidup terseksa menahan sakit, kasihan juga..kami juga tak sanggup tengok anak sakit. Jadi, kami relakan anak syurga kami berada di sisi Allah SWT. Kami akur dengan ketentuan Ilahi. 😊.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Terima kasih pada semua yang sentiasa memberi kata-kata semangat, yang mendoakan, yang datang menziarahi, yang terlibat membantu dalam urusan pengebumian dan yang telah memberi sumbangan. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati anda semua. Aamiin..

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Wahai bidadari kecil ku, kedatanganmu yang sekejap merupakan sebuah anugerah yang terindah buat kami. Walaupun sementara, tapi kamu tetap wujud dalam hati kami sampai bila-bila.

Kami yakin dengan kurniaanmu ini, akan menjadi saham akhirat yang bakal memimpin tangan kami di Jannah bila tiba masanya nanti.

Dan kami bersyukur, kerana kami adalah hambaNya yang terpilih untuk memiliki mu, wahai bidadari syurga.😊.

Tenang la wahai anak syurgaku. Tenang la kau didalam syurga Allah yang abadi. Semoga kita bertemu lagi di alam sana sayang, "Haura Alhuwainaa".❤

Haura - Wanita berkulit putih
Huwainaa - Yang tenang

Al-fatihah.

#babyHA #anaksyurga #HauraAlhuwainaa #HamiBazilah #MuhammadShafiqAlbakri