Thursday, 22 December 2016

Sebulan sudah Haura Alhuwainaa pergi.

Salam Jumaat 😊
.
Hari ni 23 Disember 2016, genaplah sebulan anak syurga mama papa, Haura Alhuwainaa pergi. Sekejap sahaja masa berlalu.
.
Waktu  ni lah mama dah mula tak senang duduk sebab risaukan kamu x bergerak langsung dari pagi. Papa pun sama, mood dan fokus di office pun dah lari. Papa juga tak senang duduk.
.
Benar, naluri seorang ibu, mama sebenarnya dapat rasa dah yang kamu dah pergi masa tu. Tapi mama cuba untuk bersabar dan positif.
.
Tapi Allah lebih menyayangimu Haura. Malam tu doc sahkan kamu dah tak bernyawa..
.
Ini lah kenangan paling manis bagi mama kerana diberi peluang oleh Allah SWT, untuk mengandungkan anak syurga seperti kamu selama 7 bulan 2 minggu. Rindunya saat tu ❤
.
Mama juga yakin, papa pun rindu saat2 tu. Kenangan dia bercakap2 dengan kamu dan bermain dengan tindakbalas pergerakan kamu.
.
Hari ni dah 28 hari mama berpantang. Dan alhamdulillah, Allah beri kekuatan yang luar biasa pada mama papa sejak melahirkan kamu pada 26 November lepas sehingga kini. Kami masih boleh bergurau senda, ketawa, makan dan tidur..Tapi rindu dan kenangan dengan kamu tak pernah terpadam. Kami simpan rapi untuk selamanya. 😊
.
Mama belum dapat lagi ziarah kamu di kubur selepas kamu dikebumikan. Sebab mama masih di kampung, menghabiskan fasa berpantang di sini tanpa kamu. Tapi mama ok 😉. Nanti bila mama dah habis pantang, mama datang ziarah kamu ya sayang ❤.
.
Mama tahu, anak syurga mama papa bahagia di atas sana bersama Nabi Ibrahim A.S. dan anak-anak syurga yang lain 😊
.
Alfatihah buat anak syurga mama papa, Haura Alhuwainaa 😘
.
#anaksyurga #babyHA #alfatihah

No comments:

Post a Comment